Chef Ammar Mengamuk, Netizen Kutuk Nasi Arab Harga Yahudi?

Bagi penggemar nasi arab, korang pasti mengenali Chef Ammar yang terkenal dengan restorannya dan kalau di bulan Ramadan, beliau juga dilihat turut serta menjual nasi arab di bazar Ramadhan.

Disamping itu, tular satu video di TikTok yang memaparkan Chef Ammar yang panas selepas dituduh menjual nasi arab dengan harga ‘Tel Aviv’.

Melalui video yang dikongsi, Chef Ammar memohon agar netizen untuk tidak perlu mengajar dia cara-cara untuk berniaga dengan mengkritik harga nasi arabnya yang mempunyai kuantiti yang sedikit dan mahal.

Menurutnya lagi, dia berasa terguris hati dengan komen yang ditinggalkan netizen terhadap perniagaannya itu.

Menerusi satu video lain, Chef Ammar turut menegaskan bahawa proses dalam menyediakan nasi arab juga bukanlah mudah dan beliau menggunakan bahan-bahan yang berkualiti berbaloi dengan harga nasi arab yang dijualnya.

Share this…
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter

Similar Posts