ePemula : RM 150 untuk yang berkelayakan

Apakah ePemula?

Program ePemula adalah salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Bajet 2022 dan bertujuan bagi:

  • Mengurangkan beban kewangan belia
  • Merancakkan pembelanjaan tanpa tunai dalam kalangan belia
  • Merancakkan urus niaga tanpa tunai oleh perniagaan fizikal

Program ini dijangka memberi faedah kepada sekitar dua (2) juta rakyat Malaysia dengan jumlah peruntukan sebanyak RM300 juta.

Setiap pemohon yang memenuhi syarat boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.

Tempoh permohonan kredit tersebut adalah dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh digunakan sehingga 10 Jun 2022.

Anda boleh menggunakan kredit RM150 ePemula untuk sebarang urus niaga secara fizikal di 1.2 juta peruncit atau perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

  • Pemindahan secara “rakan-ke-rakan”
  • Penebusan secara tunai
  • Bayaran bil utiliti terintegrasi menggunakan aplikasi e-tunai
  • Bayaran yuran berkaitan Kerajaan terintegrasi menggunakan aplikasi e-tunai
  • Bil pasca-bayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi menggunakan aplikasi e-tunai
  • Pembelian permainan terintegrasi menggunakan aplikasi e-tunai
  • Bayaran tempat parkir kenderaan dan tol
  • Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi menggunakan aplikasi e-tunai
  • Urusniaga e-dagang atau urus niaga atas talian

Inisiatif ePemula RM150 untuk digunakan secara fizikal. Ini adalah sebahagian daripada usaha yang diambil bagi menyokong peruncit dan peniaga di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada komuniti perniagaan Malaysia, khususnya PKS.

Siapakah yang layak untuk mendapat ePemula?

Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia berdasarkan kelayakan berikut:

  • Mencapai umur 18 sehingga 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004).
  • Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian berkaitan.

Bagaimanakah cara untuk memohon untuk ePemula?

Permohonan boleh dibuat mengikut langkah-langkah berikut:

  • Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang berkaitan adalah BigPay, GrabPay, ShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet.
  • Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan telah disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat pengesahan identiti pengguna secara elektronik.
  • Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan permohonan ePemula dan tekan butang “Hantar”.
  • Keputusan akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya

Penerima yang memenuhi syarat hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk sebarang maklumat mengenai penebusan kredit ePemula dengan lebih lanjut.

Untuk maklumat terperinci, sila rujuk kepada Soalan Lazim ePemula.

Share this…
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter

Similar Posts