Bella Down Syndrome : Bainun mengamuk selepas Bella tarik langsir

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mengamuk dan mula bencikan remaja Sindrom Down dikenali Bella berpunca daripada satu kejadian yang mana mangsa tertarik langsir sehingga besi tercabut.

Penghuni rumah kebajikan itu yang juga saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood mendedahkan yang sejak kejadian itu, Siti Bainun mula marah-marah dan memukul Bella secara berlebihan.

“Bella pernah masuk bilik kedua iaitu bilik yang menempatkan saya dan adik-adik (penghuni) lain. Bella tertarik langsir hingga besinya tercabut

“Selepas kejadian, Bainun jadi marah dan pukul Bella. Tarikh kejadian saya tak ingat,” ujarnya.

Menurut Yasmin lagi, dia pernah diarahkan Siti Bainun untuk menanggalkan pakaian Bella sebelum diikat dengan tali dan kemudian dibaringkan sebelum dicurah air panas menggelegak.

“Saya diarahkan Siti Bainun untuk pastikan Bella tidak bergerak dan menyasarkan di bahagian tertentu sebelum dicurah air.

“(Ia menyebabkan) ada kesan parut di paha kanan, pergelangan kaki dan lutut Bella,”ujarnya.

Yasmin menjawab demikian ketika soalan ditijukan oleh peguam Asiah Abd Jalil yang mewakili Siti Bainun pada sesi pemeriksaan balas dalam kes pengabaian dan penganiayaan terhadap Bella di hadapan Hakim Izralizam Sanusi di Mahkamah Sesyen.

Yasmin dalam keterangannya memaklumkan bahawa Siti Bainun mendera Bella setiap hari selama hampir empat bulan yang berlaku pada setiap malam sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.

Walaubagaimanapun, tertuduh, Siti Bainun, 30, mengaku langsung tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga mengakibatkan Bella mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa telah melakukan perbuatan terkutuk tersebut di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan terhadap Siti Bainun adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memberi hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Sementara itu, Yasmin bersetuju dengan cadangan Asiah yang Bella dicurah air panas tiga kali sehari dengan menggunakan alatan seperti picagari dan cawan.

“Saya ambil air panas itu daripada alat penapis air. Air itu ada keluar wap dan pernah tertumpah,” ujarnya.

Share this…
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter

Similar Posts